Thursday, January 20, 2011

10 Sebab Kenapa Wahabi dikatakan Perosak Agama.


1.      Menatap dan merenong isi buku yang disebarkan oleh pejuang-pejuang Wahabi di Mekah dan di seluruh dunia Islam, kita akan jadi tertanya-tanya siapakah orang-orangnya tulus hati dengan Islam? Inginnya hati nak melihat peribadi-peribadi itu, keluarga mereka dan masyarakat disekitarnya yang tentu sangat halus agama dipertahankan dalam seluruh kehidupan mereka.

Mencarilah sekian lamanya namun tidak juga berjumpa, dengar beritanya pun tiada juga, maka akhirnya kesempatan tinggal di Mekah itulah peluangnya. Di sini agaknya Agama itu benar-benar direalitikan oleh pejuang-pejuangnya? Di Mekah, Madinahlah tentunya model kehidupan Islam boleh disaksikan!

Tapi alangkah terkejutnya hati ini kerana Haramain sesungguhnya sudah rosak binasa Agamanya, Allah sudah tidak diagungkan Nabi sudah tidak diikut sunnahnya.


2.      Di depan Rumah Allah di Ummul Qura kita sangkakan tempat paling tenang, syahdu dan khusyuk dengan Allah, sepertilah di masjid-masjid atau di Rumah Raja-raja dunia ketika upacara mengadap! Tapi bahkan kita merasa macam berada di pasar borong, untuk mengucup Hajar Aswad kita kena bertarung separuh mati. Untuk dapat pegang Kaabah kita kena tolak menolak yang amat menakutkan

Terkenangkan di Zoo atau Safari pun boleh didisiplin, mengapa tiada disiplin di Masjidil haram? Penjaga masjid boleh rasa puas hati dengan suasana yang demikian itu? Seluruh pemimpin Islam sedunia merasakan itukah yang terbaik yang patut dibiarkan sekian lamanya menguasa Kaabah? Kaabah bahagia diperlakukan begitu?

3.      Di Shopping-shopping Complex kita merasai di layan baik oleh penyambut-penyambut tetamu, tapi di Kampung Allah yakni Tanah Haram dan di rumah Allah di dalam Masjid Haram tiada seorang pun penyambut tetamu yang akan pandu kita untuk selamat dan tenang di sana.

Di Lapangan terbang ada pengumuman yang dapat didengar dari masa ke semasa sebagai panduan, tapi di  Rumah Allah keadaan sunyi sepi, apa pn nak jadi jadilah, susah senang tanggung sendiri. Salah silap, betul benar itu semua pandai-pandailah bawa diri.


4.      Agama Islam menetapkan waktu sembahyang berjemaah saf perempuan di belakang lelaki. Tidak pula di sebut kekecualian berlaku di Mekah. Yakni sembahyang boleh langkah-langkah, lalu didepan, saf lelaki perempuan tiada perlu diambil kira!

Jadi kalau itu pun tidak boleh dilaksanakan disetiap waktu sembahyang dengan alasan orang telah ramai, tak mungkin boleh didisiplin mengikut disiplin Islam, untuk apa anda bermati-matian menolak bidaah di kertas-kertas tulisan anda?

Katakan sahaja Agama ini tidak praktikal, cantik tiorinya sahaja. Bidaah itu di tolak dikertas sahaja, tapi di depan Kaabahlah paling teruk orang buat bidaah! Agama anda ini tak mampu dipraktikan oleh anda sendiri. Sekalipun cuma di tanah sekangkang kera keluasannya atau anda hanya akan bertanggung jawab perihal Agama diatas kertas? Bukankah itu lebih-lebih lagi bidaah kerana menyatakan Islam itu bukan cara hidup?


5.      Bukanlah sedikit ceritanya perihal orang-orang lelaki warga Saudi di Haramain yang kelaparan seks lalu menjadikan wanita-wanita asing sebagai mangsa. Rupa-rupanya di Arab Saudi ini nak kahwin susah sangat. Walaupun buruh kasar wajib menyediakan 100 ribu riyal untuk dapatkan seorang isteri. Islam ke ajaran yang diamalkan oleh Negara pujaan anda ini?
Allah dan Rasul mengikut anda cukup kejam kerana menyiksa hamba-hambaNya sampai begitu sekali? Atau kalau bukan begitu, andalah yang kejam kerana ikut terlibat dengan kekejaman itu! Apakah kejam itu bukan bidaah? Bukankah anda termasuk pembuat-pembuat bidaah. Sedangkan setiap bidaah adalah sesat mengikut kata buku anda?

6.      Di Mekah, tentulah kita mencari Rasulullah SAW. Pergi pun atas pimpinannya. Kalau Baginda Rasul tiada, Rumah Allah itu dipenuhi berhala-berhala sahaja. Walaupun sudah wafat tapi Allah telah menamakan Rasulullah Nabi kepada Umat yang datang selepas kewafatan Baginda. Ertinya dia sedang menjadi Nabi kita. Tiada Nabi lain lagi, melainkan Muhammadlah Nabi kita. Wahabi tentulah alim sangat tentang hal-hal ini, menolak kenabian Muhammad selepas kewafatannya adalah bidaah sebesar-besarnya.
Tapi mana dia Rasulullah SAW di Kampung Kelahirannya itu? Mana dia wahai Wahabi? Aku menangis di sini untuk pengatahuan Mu! Sedihnya hati kami kerana:
i)                    Datang ke Kaabah, Muhammad SAW Nabi kami itu tidak disebut-sebut orang.
ii)                  Rumah tempat lahirnya, rumahnya bersama Siti Khadijah dan anak-anaknya dan lain-lain kesan peninggalannya, tiada lagi. Ditutup dan dilarang membesar-besarkan atas alasan bidaah. Dihalaulah siapa-siapa yang ingin melepas rindu dan berdoa untuk tempat-tempat yang agung itu.
Bidaahkah seseorang merindui nabi, orang yang paling berjasa dalam hidupnya? Bidaahkah sejarah Islam dibanggakan? Tidak bidaahkah orang- orang yang memisahkan Nabi dari kampungnya dan dari Umatnya? Jangan berbohong lagi wahai Wahabi, bahawa kononnya Allah dan Rasul telah kau kuburkan di Kampung Halaman mereka. Islam sudah kau tukar sama sekali keasliannya atas nama Al Quran dan Hadis.
Kebencian mu kepada Islam kepada Allah dan Rasul sudah cukup terserlah di tanah tempat lahirnya mereka itu. Sudah kau corak tanah tumpah darahnya itu dengan sesuatu yang cukup menyakitkan kami wahai Wahabi!
Orang Islam mencari Allah dan Rasul di Kaabah. Walhal di Kaabah mana ada lagi semua itu. Yang ada ialah Tanah Perkuburan Islam yang di penuhi oleh penipu-penipu dan para penzina.

7.      Di Madinah, memang ada Masjid Nabi yang hebat binaannya dan Maqam Baginda Rasulullah SAW yang cukup besar. Tahniah dan terima kasih kerana membesarkan tempat kecintaan kami. Tapi masjid itu telah dilacurkan, maqam itu telah kau hinakan. Ertinya kau hadiah kereta kepada kami untuk kehormatan anak perempuan kami kau binasakan. Itulah bandingan kebaikan mu itu ya Wahabi.
Sakitnya hati sepanjang berada di Madinah, di kedua-dua tempat mulia. Tentu kau tahu mengapa dan untuk apa? Cukuplah sudah pembohongan keatas Umat Islam yang kau buat sekian lamanya itu. Cukup dan cukup. Masa utk pembebasan Haramain sudah tidak dapat dielakan lagi. Allah pasti menghantar orang-orang Nya untuk Futuh Mekah kedua.

8.      Rumahtangga orang Islam adalah supaya mereka di dunia ini. Yakni orang Islam yang benar-benar meniru Sunnah Nabi dalam tatacara berkeluarga. Isteri taat, suami bertanggungjawab, Allah dan akhirat menjadi matlamat perjuangan rumahtangga mereka.

Disinilah yakni di Madinah dan di Mekah Tanah Haram, di sekitar Masjid Nabi dan Masjidil Haram inilah Nabi dan Para Sahabat praktis poligami indah didalam keluarga mereka. Menyebabkan seluruh etnik Arab menyerahkan kepimpinan kepada  Nabi dan Para Sahabat sambil berkata:
“Poligami sesuatu yang bagi kami terlalu sukar, sekalipun hanya dalam bentuk kata-kata, tapi bagi kamu ia berjalan dengan begitu indah sekali wahai Muhammad, maka kepada serahkanlah Negara ini dan bangsa ini untuk kau pimpin dan selamatkan”. Itulah rahsia Futuh Mekah.

Siapa kata poligami terpencil. Ialah penentu apakah benar Islam itu penyelamat. Kami adalah orang-orang yang telah selesai membina poligami indah dikalangan 313 orang lelaki bersama 1,000 orang isteri-isteri mereka dan 10,000 anak yang sudah dan sedang membesar.

Demikianlah Islam yang datang dari Allah dan Rasul itu dapat dibuktikan perlaksanaannya oleh pejuang-pejuangnya. Kamu bagaimana Wahabi?

Mekah dan Madinah sekarang di dalam perintah mu, adakah sudah berulang sejarah Al Quran dan Hadis tanpa bidaah itu? Atau sedang berlangsungnya bidaah sebesar-besarnya di Mekah dan Madinah, dikalangan masyarakat wahabi ini, dalam hal rumahtangga mereka, yakni gelanggang tempat berpestanya penentang poligami? Taat dan patuhkah isteri-isteri kepada suami mereka? Atau tendang terajangkah mereka semua di rumahtangga mereka? Kau jawablah wahai Wahabi reality dari Al Quran dan Hadis tanpa bidaah yang kau perjuangkan di Haramain ini?


9.      Hudaibiyah adalah tempat sejarah yang pasti dilawati oleh sesiapa yang ke Mekah. Kejadian yang merupakan strategi paling licik oleh Allah dan Rasul keatas para penentangNya. Perjanjian yang dibuat untuk menipu Allah dan Rasul akhirnya menjadi senjata makan tuan. Islam menang besar hasil menandatangani perjanjian Hudaibiyah oleh Rasulullah SAW terhadap Kafir Quraisy. Sedangkan sejarah Ashabul Kahfi pun masih dibesarkan orang di Amman, inilah pula Hudaibiyah.

Sepatutnya tentulah sebuah muzium besar yang cukup gah dibangunkan di sekitar tempat kejadian terutama perigi dimana Rasulullah SAW meludah kepadanya hingga keluar air!
                                              tapak bai'atul ridhwan di HUDAIBIYYAH

Tapi kenapakah Wahabi telah biarkan tempat itu menjadi tempat bakar sampah sahaja. Tulisan kecil pun tiada menunjukan itulah tempatnya. Alasan apakah yang boleh mengubat duka hati kami ini wahai Wahabi terhadap perbuatan mu kepada nabi kami? Kenapa kamu benci sangat kepadanya?


10.  Merenung semula tulisan kamu yang begitu besarkan Al Quran dan Hadis, kami merasakan ada sesuatu muslihat didalamnya wahai Wahabi! Kau ada kereta mewah cantik dan baru. Tapi kereta itu sudah tenggelam dalam banjir, enjin sudah dimasuki air. Kau pun tak mahulah kereta itu. Maka kau jual sahaja kereta itu. Aku pun hairan kenapa kereta ini dijual murah? Ku bawalah ke tempat pemeriksaan kereta dengan computer. Maka tahulah aku masalah kamu. Maksudnya:
Kau dapat Haramain bumi yang mewah, cantik dan menguntungkan. Tapi bumi ini kau benci kerana ia memusuhi mu. Maka kau pun mencari jalan bagaimana untuk menipu tentangnya. Maka kau juallah bodynya, isinya kau rosakan. Kau jaja kehebatan body yang enjinnya sudah kau rosakan, Islam kulit tanpa roh.

Bahawa Roh Agama ialah Taqwa. Hanya orang yang dapat cintakan Allah dan rindukan Rasulullah SAW yang mampu hidupkan Agama Islam, menggunakan Al Quran dan Hadis untuk menghentam Allah dan Rasul. Konon tiada hubungan dengan Alam Ghaib. Konon tiada lagi kepimpinan selepas kewafatan Nabi dan kesempurnaan Al Quran, kebangkitan Islam tiada.

Wahabi ialah ajaran yan ditaja oleh Yahudi untuk merosakan Agama atas nama Agama. Ulama-ulamanya adalah kelahiran-kelahiran yang sudah dirancang dan dibeli oleh Yahudi. Pembawa Islam tiori tanpa rohnya lagi. Kita kebumikan bangkai ini, supaya Islam sebenar akan mengembalikan Haramain kepada Allah dan Rasul.
20 JANUARI 2011_____5:30p.m

Tuesday, January 18, 2011

manuskrip daun kering........

19 januari 2011.....__1:41 a.m__
bilik bujang... =makkatul mukarramah=

           Seandainya hidup ini diibaratkan seperti daun kering amatlah padannya...ape yg ada dgn daun kering??
Daun adalah sebuah skrip kehidupan...skrip?? ye,,skrip yg amat mahal...seandainya daun kering itu mulai gugur dr dahannya, maka saat itulah bermulanya sebuah skrip kehidupan manusia....jln cerita yg amat berliku-liku....gugurnya daun itu maka diterbangkannya oleh angin yg seakan-akan mendayu-dayu melagukan sebuah nada irama melayu klasik....beralun-alun menerbangkan sekeping skrip kehidupan ciptaan yg maha Esa...
        Perjalanan yg cuk0p lemah gemalai ibarat bayi yg baru lahir....didodoikan dgn dodoian ibu...mendayu-dayu suaranya hanya utk menenangkan hati seorang anak yg x mengerti erti keperitan,kesengsaraan dlm manuskrip kehidupan nyata...
       Dan seterusnya diterbangkan angin ke sebuah tanah lapang yg subor kehijauan...maka berterbanganlah ia dgn bebasnya seperti anak kecil yg hanya dgn dunianya...
                                                                            
           Setelah sekian lama meniti dunia kcilnya,maka mulalah ia menggerakkan sedikit-demi seikit sel-selnya ke sebuah tebing sungai...lalu jatuhlah ia ke dalam sungai itu dan dibawa arus...kadang-kadang laju dan terkadang perlahan...meniti setiap liku-liku sungai dengan penuh pancaroba...ibarat manusia yg sudah b0san dgn dunia keanak-anakannya..mulalah ia mencuba sesuatu yg lain di usia remajanya..maka terjerumslah ia ke sebuah lembah yg amatlah jauh dr kemuliaan...kehidupan yg dinodai dgn dosa-dosa...hati kecil yg sudah tidak merasakan erti hidup sebagai hamba.....tiada pimpinan,tiada tujuan...hanya memikirkan keseronokan...hati kecil yg sudah ditipu oleh kebendaan dan dunia serta segala isinya...nafsu yg telah menjadi raja didalam kerajaan dirinya...oh sunguh malang nasibnya....ujian dan dugaan yg dijalani tanpa bimbingan seorang pemipin....
                                               
          Dan kemudiannya jika bernasib baik ianya dijumpai dan dikutip oleh seseorang lalu dikeringkannya...selepas itu di diberi semburan varnis yg membuatkan ia kelihatan segar..ditambah pula dengan hiasan cat....dan dilekatkan manik-manik kecil di atasnya...begitu juga kita manusia...sedang kita dibuai d0sa-d0sa hina,tiba-tiba sang pencipta dtgkn pd kita se0rg pemimpin....dipimpinnya kita ke arah kebenaran..disuburkan iman...disemaikan jiwa kita dgn siraman-siraman ksh syg yg berteraskan syurga....setelah itu dididiknya kita untk mngenal pencipta dan mengagongkan yg maha Esa...kmudiannya disematkan rasa kehambaaan didalam diri agar kita tidak terjerumus kekancah penghinaan buat kedua kalinya....alangkah indahnya hidup begini...mempunyai pemimpin yg didadanya penuh dgn yg maha Esa..

                  jika nsibnya sdg tidak baik,tuhan dtgkn lg ujian pdnya....mahu diperlihat pada siapakah hambanya ini meminta tolong ketika dlm kesusahan....maha suci tuhan yg membolak-balikkan hati manusia....diperlihatkan tuhan pd kita akan nasib hambanya yg menagih pert0l0ngan pd syaitan yg senantiasa dilaknatNYA...makin terjerumuslah dia dlm kehinaan...sgguhpon tuhan itu maha berkuasa menjadikan dan merubahkan sesuatu,itu tidak membawa maksud kita sbgi hamba hnya perlu menunggu nasib tnpa meminta pertolongan dariNYA....


          Sungguh indah manuskrip kehidupan yg dicipta tuhan....hanya dr sehelai daun yg gugur,tuhan telah memperkaitkannya dgn kehidupan manusia...maha suci tuhan dr segala pembohongan..diutuskanNYA pemimpin pd kita utk memimpin kita sebaiknya....carilah pemimpin yg selayak-layaknya memimpin diri kita ke arah kebenaran...mzb___wassalam..

ShoutMix chat widget